Refleksi :
Sepanjang menjalankan projek tamadun melayu dari segi sosial dan
pendidikan, kami mempelajari banyak perkara mengenai tamadun melayu yang sangat
gah dan membanggakan. Orang Melayu penuh dengan adat dan sopan. Setiap
perbuatan disertakan dengan pantang larang yang mengajar kita untuk sentiasa
berhemah dan beradab.
Di sebalik kesopanan orang Melayu, kami mencapai suatu
kesedaran bahawa orang Melayu sebenarnya kuat. Hal ini kerana, lahirnya seni
pertahanan diri asli Melayu iaitu seni silat yang menjadi kekuatan pembesar dan
pendekar tamadun Melayu.
Budaya Melayu juga sangat terkenal dengan keunikan dan
auranya yang tersendiri. Budaya dalam berpakaian, berbicara, bergaul, berguru
dan sebagainya telah wujud dalam diri bangsa Melayu yang menjadi amalan
sehingga sekarang. Setiap budaya tersebut menceritakan falsafah orang Melayu
dalam kehidupan.
Pendidikan juga tidak dilupakan. Bangsa Melayu adalah bangsa
yang cintakan ilmu dan bahasanya sangat tinggi serta mempunyai maksud yang
mendalam. Kami sebagai warga Malaysia yang berbangsa Melayu turut berasa bangga
dengan tamadun Melayu yang telah terbina dengan kukuh sejak dahulu sehingga
sekarang.
--
Oleh itu berakhirlah kerja-kerja projek kami. Alhamdulillah kami telah berjaya menyiapkan projek ini. Diharap ramai yang mendapat manfaat dari blog kami tentang sosial dan pendidikan masyarakat Melayu.
Sekian, terima kasih.
Senarai ahli kumpulan (HS244/1C) :
1. AMAL JAUNE BINTI JALALUDIN
2. NORADNIN BINTI MOHAMAD KAMAL
3. AMIRAH RASYIDAH BINTI MOHD. NASIR
4. NUR NABILAH INANI BINTI MOHD JONI
Dari kiri: Nani, Adnin, Pakcik askar, Mira, Jaune di Muzium Negara :) |
Tahniah!
ReplyDelete