Friday 21 November 2014

Temuduga bersama Responden 1

17 Oktober 2014, Jumaat.

Pada 17 Oktober yang lalu bersamaan hari Jumaat, kami telah mengadakan temuduga bersama responden 1 selepas solat Jumaat.

Responden 1 merupakan seorang pengamal silat cekak pusaka Hanafi sejak Jun 2011 bernama Mohd. Don Hassif bin Maslan. Beliau berumur 21 tahun dan sedang menuntut di UiTM Puncak Alam di dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Kami menjalankan temuduga bersama responden untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang silat yang merupakan salah satu amalan tradisi sosial peninggalan masyarakat Melayu sejak zaman nenek moyang kita lagi.

Berikut merupakan antara perbualan antara kami dan responden:

1.  S: Apakah jenis-jenis silat di Malaysia?
     J: Terdapat banyak jenis silat di Malaysia. Antaranya ialah silat cekak pusaka Hanafi, silat cekak
         Malaysia, silat Kalimah, silat Papan Sekeping, silat Gayung, silat Parang, dan silat Selendang
         Merah.

2. S: Apakah syarat-syarat untuk memasuki silat?
    J: Antara syarat untuk memasuki silat cekak Pusaka Hanafi ialah pelajar hendaklah berumur tidak  
       kurang dari 13 tahun, berfikiran waras dan beragama Islam kerana silat ini mengamalkan teknik-
       teknik yang diterapkan dari ibadah Islam.

3. S: Apakah nilai-nilai yang dapat diterapkan kepada penuntut-penuntut silat?
    J: Penuntut silat akan diterapkan dengan nilai-nilai seperti disiplin diri, menepati masa dan nilai-
        nilai yang mengikut ajaran Islam.

4. S: Adakah terdapat pantang larang dalam mempelajari silat?
    J: Penuntut silat dilarang menderhakai ibu bapa, guru-guru silat dan jurulatih silat. Penuntut juga
        dilarang bergaduh sesama rakan-rakan silat dan dilarang mencaci silat-silat asli yang lain.

5. S: Apakah kesan yang akan terjadi sekiranya seluruh masyarakat Melayu mengamalkan silat?
    J: Sekiranya seluruh masyarakat Melayu mengamalkan silat, sebuah masyarakat yang 
       mentauhidkan Allah dapat dilahirkan kerana pengamal silat sering diingatkan tentang ajaran
       Islam secara tidak langsung oleh guru-guru silat.Selain itu, masyarakat yang berdisiplin juga 
       dapat dibentuk.



Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 1 , 2 dan 3 menunjukkan antara aksi silat cekak.




Kesimpulan dari temuduga ini, kami akhirnya sedar bahawa silat bukan sahaja mengajar kita untuk mempertahankan diri, malah terdapat nilai-nilai murni lain yang terselit dalam pembelajaran silat itu sendiri contohnya nilai hormat kepada ibu bapa, guru-guru dan nilai kasih sayang sesama sahabat kita. Selain itu, penuntut silat juga akan belajar untuk lebih berdisiplin. Oleh itu, tidak hairan lah silat merupakan salah satu kekuatan orang Melayu sejak zaman dahulu lagi.
Diharapkan lebih ramai golongan muda Melayu yang berminat untuk mempelajari silat demi mengekalkan budaya yang penuh dengan nilai-nilai murni ini disamping belajar untuk mempertahankan diri.